Thursday, October 10, 2013

Alhamdulillah...

بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

menulis ini dengan penuh rasa kejujuran dalam hati..

Allhamdulillah.. alhamdulillah..syukur tidak terucap kpd sang pencipta nyawa kerana mengerakkan hati-hati kami untuk menyertai usrah.jika difikir dgn hati y penuh dengan nikmat duniawi, yes..!! semua busy dgn tugasan masing..tapi hidup tiada makna jika kehidupan kita tidak diisi dengan makanan rohani kita.

sedarnya saya akan lemahnya saya seorang gadis biasa dalam mentaati perintah tuhan yang esa..


tapi pasti ada hikmah..mungkin Allah mahu tunjukkan, dan sedarkan saya, tentang pentingnya usrah, pentingnya makanan rohani..

alhamdulillah, Allah sedarkan saya di pertengahan jalan.


kini..saya di awal penglibatan..namun, saya merasakan ada sinar baru dalam hidup saya..

syukur pada Allah..

  Perhatikan ikan di laut, walaupun air lautan itu masin semasin-masinnya, namun isi ikan itu masih berasa tawar dan 'natural'... Ertinya, ikan tetap mengekalkan identiti dan jati dirinya walaupun dikelilingi air laut yang sangat masin.. 


   Jangan sesekali dicorakkan oleh susana, sekiranya suasana yang dihadapi itu adalah negatif..  Sebaliknya, kekalkanlah pegangan, akhlak dan disiplin diri kita.. Jadilah seperti ikan di lautan masin..

terima kasih naqibah.. - FARHANA KAMA  ;))






^___^






*Untuk para Adam yang pernah
mengecewakan hati perempuan secara
sengaja ataupun tidak sengaja. Juga-juga
kepada perempuan yang telah berjaya
bangkit kembali. Chill~ =)
Jasad yang kamu pandang itu kini adalah
perempuan itu. Seorang perempuan yang
dahulunya engkau injak-injak, seorang
perempuan yang dulu, hatinya engkau
permainkan, seorang perempuan yang
engkau pernah taburi banyak janji yang
tidak engkau tepati, seorang perempuan
yang engkau pandang sebelah mata,
seorang perempuan yang engkau kira hanya
bisa dibuat mainan, seorang perempuan
yang pernah engkau kenyit mata, seorang
perempuan yang bisa engkau buat
seenaknya, seorang perempuan yang telah
banyak engkau melakukan dosa, seorang
perempuan yang engkau kira tidak bijak,
seorang perempuan yang engkau pernah
hancurkan masa depannya, seorang
perempuan yang pernah engkau
memberikan senyuman palsu buatnya, dan
seorang perempuan yang hakikatnya engkau
belum kenal siapa dirinya yang sebenar!
Engkau mengajak dia melakukan dosa,
sedangkan engkau tahu dia perempuan
mulia. Engkau pernah menghancurkan dia
sedangkan engkau tahu dia perempuan
terhormat. Engkau pernah menyakiti dia
sedangkan engkau tahu bahawa dia
perempuan berhati lembut. Engkau
mengotori cintanya sedangkan engkau tahu
cintanya suci. Engkau mempermainkan
hatinya sedangkan engkau tahu dia
perempuan hebat.
Sedarlah Adam, perempuan itu pernah
membahagiakan kamu. Perempuan itu
pernah membuatmu tersenyum. Perempuan
itu pernah berjasa dalam hidupmu.
Perempuan itu yang pernah bimbang
kepadamu. Tapi, percuma saja perlakuan
semua itu. Kerana engkau telah
menukarkan perempuan hebat itu menjadi
perempuan rosak akhlaknya.
Jika dia suatu masa dulu, naqibah terkenal
mengajak manusia melakukan kebaikan dan
meninggalkan kemungkaran, tapi setelah
datangnya engkau, kata-kata dia hanya
menjadi omongan kosong. Bicaranya tidak
seiring tindakan. Jika suatu masa dulu, dia
seorang perempuan yang mementingkan
ukhuwah dengan sahabat-sahabatnya, tapi
setelah adanya engkau, dia menjadi kera
sumbang, menjadi perahsia terhadap
mereka. Jangan pernah lupa, perempuan
ceria itulah yang engkau telah ragut
keceriaannya.
Dan, setelah engkau rasa dia tidak berguna
lagi dalam hidupmu, setelah engkau rasa
dia tidak layak lagi menjadi pendampingmu.
Setelah engkau merasa bosan dengan
perempuan itu, lalu, engkau membuangnya
bagai membuang sampah di dalam tong
sampah. Engkau tidak tahu cara terhormat
untuk membuang dia dari hidupmu.
Sedangkan engkau tahu, setelah tindakan
‘pembuangan’ mu itu akan mengundang aib
terbesarmu.. iaitu, menghancurkan seorang
perempuan terhormat! Dan sejak detik itu,
engkau sering merasa berdosa, maka
berdosalah dengan Allah. Pintalah
keampunan dari-Nya. Tapi jangan pernah
engkau lupa, kemaafan perempuan itu
ternyata lebih penting. Kerana Allah sendiri
tidak akan mengampuni dosa-dosa kamu
sebelum kamu meminta maaf kepadanya.
Suatu masa dulu, berani saja engkau
memperkotak-katikkan dirinya, tetapi
sekarang jangan pernah engkau berani lagi,
kerana perempuan itu suatu masa dulu
yang engkau pernah kenal, tidak sama lagi.
Dia memasang misi tertinggi; Memburu
cinta Illahi. Tidak perlu engkau sapa dia,
hanya kerana ingin membuatkan dia
mengingatkan insan berdosa seperti kamu.
Tidak perlu engkau memberi senyuman
manis kepada dia, sedangkan senyuman itu
akan membawa satu bencana dalam
hatinya. Tidak perlu lagi engkau hubungi dia
kerana di hatinya tidak ada lagi dirimu, yang
ada hanya DIA. Perempuan itu kembali
menjadi terhormat, malah lebih baik dari
dulu. Sungguh, dia sangkakan ribut kan
berpanjangan, rupa-rupanya Allah
datangkan pelangi. =)
Jangan pernah engkau samakan perempuan
itu suatu masa dulu dengan kini. Masa
merubah segala kerana dia perempuan
terhormat yang kembali menjaga dirinya
dan hatinya...~
~~wallahualam~~

Thursday, January 17, 2013

terima kasih menjadi sehabat sejati..i luv u :")


بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
Semua orang didunia ada sahabat kan?mustahil kita tidak ada sahabat walaupun seorang..Apa makna sahabat?Bagi saya,sahabat merupakan antara orang yang paling dekat dihati kita.
Tanpa mereka,siapa jugalah kita kan?berikut saya senaraikan sikit antara hadis Nabi SAW berkenaan dengan makna sahabat;
"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya."
(Hadis riwayat al-Hakim)
Dari Nu'man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda ;
"Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur."
(Hadis riwayat Muslim)
"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati."
"Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya."
(Hadis riwayat Abu Daud).
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
"Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."

Dalam islam sendiri ALLAH menggalakkan kita bersahabat,berteman,berkasih antara kita dan sebab itulah ALLAH menjadikan kita berbilang kaum dan warna kulit agar kita dapat saling kenal dan hormat-menghormati. Nah!ini terbukti apabila turunnya ayat :
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." 
(surah al-Hujurat [049] ayat 13)



Kita berjumpa kerana takdir. 
Kita berkawan kerana kasih sayang. 
Kita bersama kerana hati. 
Kita bergaduh kerana harga satu ikatan. 
TAPI yang paling penting, SEMUANYA KERANA ALLAH TAALA. 
TanpaNya tak mungkin sekarang terjadinya 1 Jalinan Hati. 1 Rahsia Rasa. 
Yang mempunyai sejuta maksud pada jiwa-jiwa yang memahami erti persahabatan. 

TRUE FRIENDS are like morning, 
You can't have THEM the whole day, 
But You can be sure THEY will be there 
when you wake up tomorrow, next week, next year and forever. 

Sahabat...
andai bertemu, sapalah aku...
andai tersilap, bimbinglah aku...
andai berduka, khabarkan padaku...
andai berpisah, kenanglah aku dalam doamu...
andai Khaliq menjemput, ziarahilah dan sedekah ayat2 suci untukku...