Saturday, March 17, 2012

wanita diibaratkan seperti pohon semalu


Bismillahirahmanirahim..

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

♥ Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini bolehdiibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

♥ Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

♥ Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

♥ Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

renung-renunglah...
Fikir-fikirlah...
Zikir-zikirlah...
HIDUP mesti diteruskan...
MATI tetap PASTI!!!
HIDUP insah allah...


♥ (^_^)selawat dan istigfar..CINTA ALLAH,CINTA RASUL ♥

wallahua'lam...

Monday, March 12, 2012

MUTIARA HIKMAH:

Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah..
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah Rasul Allah..
──────────██
─────────█▒▒█
─────────█▒▒█
─────────█▒▒█
──────██▒█▒▒█
────██▒▒██▒▒█
──██▒▒█▒█████
─█▒▒█▒▒█▒▒▒▒▒█
█▒█▒▒█▒▒███▒▒▒█
─█▒█▒▒█▒▒█▒█▒▒█
─█▒█▒▒███▒▒▒▒█
──█▒██▒▒▒▒▒▒█
───█▒▒▒▒▒▒▒ 
Bismillahirahmanirahim..

Setiap kemaksiatan adalah racun di dalam hati yang merosak kesucian jiwa seseorang, kerana ia rindu berbuat dosa yang akan mewariskan kehinaan. Oleh sebab itu, meninggalkan dosa bererti menghidupkan jiwa dan memancarkan cahaya keimanan di celah-celah sanubari insan.

Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

Imam Ali bin Abi Talib berpesan: “Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta”. Kemudian Ibnu Munkadir berkata: “Bagiku nikmat dunia ini hanya ada pada tiga perkara, qiamullail, silaturrahim dan solat berjemaah”. Wahai insan yang beriman, renungkanlah dirimu agar kamu mengetahui hakikat dirimu sendiri, dengan demikian kamu akan mengenali Pencipta Yang Maha Agung. Berilah penawar dalam jiwa agar ia tetap suci dan tunduk pada Ilahi..

Selayaknya,cintamu hanya untuk Sang Penciptamu...

renung-renunglah...
Fikir-fikirlah...
Zikir-zikirlah...
HIDUP mesti diteruskan...
MATI tetap PASTI!!!
HIDUP insah allah...


(^_^)selawat dan istigfar..CINTA ALLAH,CINTA RASUL

Saturday, March 10, 2012

MUTIARA SEJARAH ISLAM:WUDUK ZAHIR BATIN(^_^)


Bismillahirahmanirahim...
Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”

Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin.”
Isam bertanya, “Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?”
Hatim berkata, “Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air”...

Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riak)
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki.”

Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1. Aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.”


Di samping itu setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim..

Selayaknya,cintamu hanya untuk Sang Penciptamu...

renung-renunglah...
Fikir-fikirlah...
Zikir-zikirlah...
HIDUP mesti diteruskan...
MATI tetap PASTI!!!
HIDUP insyaAllah..

♥ (^_^)selawat dan istigfar..CINTA ALLAH,CINTA RASUL ♥

wallahua'lam

Sunday, March 4, 2012

Bt Bakal zauj Ku



Bismillahirahmanirahim..

Disebalik kopiah terselindung wajah

yang penuh dengan Nur.
Hati yang sentiasa mengingati mati.
Yang mencintai Allah dan rasul dan
yang taat kepada kedua ibu bapa mu.

Kau pertahankan kopiahmu meskpun dunia
memandang dengan penuh kehinaan,
tetapi ketahuilah…
sesungguhnya Allah melihatmu penuh
dengan kebanggaan. kalimah Allah..

Adam Ku..
Saban ketika, gerak gerimu
Ku perhatikan.
Akhlakmu yang terperlihara dari segala noda,
Maruahmu yang kau jaga dari sebarang nida
Dan yang paling melembutkan hati….
Tutur bicaramu melambangkan sifat
kebapaan sejati.

Bila bertembung dengan gadis yang
bukan muhrimmu,
Kau tunduk memandang bumi…
Mengingatkan ku tentang firman Allah swt:

Firman Allah SWT :
 “ katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada orang lelaki yang beriman:
 hendaklah mereka menahan( sebahagian ) daripada pandangan mereka
 dan memelihara kemaluan mereka yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat .”
( surah An-Nur ayat 30) 

Lelaki soleh....…..
Kau juga diibaratkan gagak putih yang
dikelilingi gagak hitam.
Siangmu sibuk dengan urusan duniawi
namun tika malam menjelang,
Kau perhambakan diri sepenuhnya kepada
Ilahi, beribadat…
bibirmu berzikir mentilawah Al –
Quran, tahajjud , witir
dan amalan – amalan istiqamahmu.

Jauh disudut hatiku aku bangga
dengan Imanmu, Taqwamu, Akhlakmu,
Amalanmu,
dan perjuanganmu menegakkan kalimah
Allah.
hayatmu …
Kau idaman wanita beriman..
Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

~wallahu a'lam~