Tuesday, January 17, 2012

Wahai asshabab (pemuda),

bismilahirahmanirahim...
Wahai asshabab (pemuda),
Laksanakanlah tanggungjawabmu,
Terhadap wanita yang patut kamu lindungi,
Bukan untuk kamu cercai.

Sedarkah asshabab...
Bahawa wanita itu selembut kapas,
Biarpun kelihatan seperti buluh,
Namun engkau tidak tahu hakikatnya...

Hakikatnya asshabab...
Apabila kau menegur seorang wanita yang melakukan kesilapan,
Dia pasti malu dan tidak akan mengulangi lagi,
Sekiranya dia melawan katamu,
Ketahuilah bahawa hatinya terdetik ,
Rasa bersalah tanpa engkau ketahui..

Namun kini,
Asshabab tidak pernah melaksanakan tanggungjawabnya,
Apabila wanita membuka auratnya,
Pandanganmu terus menyapu tubuhnya,
Apabila wanita itu membuat kesilapan,
Engkau bukan shaja tidak menegurnya,
Malahan engkau ambil kesempatan atas dirinya...

Sedarlah wahai asshabab...
Tangunggjawabmu amat besar terhadap wanita,
Sedarkah engkau,
Bahawa sekeras mana seseorang wanita,
Mereka akan malu dan tunduk,
Apabila seorang lelaki mengajaknya kepada agama...

Duhai shabab..
Sesungguhnya,kekuatan agama Islam,
Terletak ditangan mu,
Engkau pemimpin besar dalam semua hal...

Oleh itu,
Jagalah agamamu agar terbentuk,
Islam yang sebenar.

"Wahai lelaki2 yg beriman..bimbinglah kami..wanita2 yg beriman ke jalan yg diredhai Allah agar kita sama2 mendapat keredhaan-Nya dunia n akhirat. Kita sama2 khalifah Allah..wahai lelaki2 yg beriman..kalian dikurniakan 9 akal n 1 nafsu manakala kami, hanya dikurniakan 1 akal dan 9 nafsu..bimbinglah kami andai kami tersalah langkah bukannya menyesatkan kami dengan perhiasan2 n janji2 dunia yg tidak menjamin keredhaan Allah.."

wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

syukran..!! Moga ALLAH REDHA...