Thursday, July 19, 2012

Beruntungnya perempuan yang mempunyai rahim...






1.) Dia bekerja denganTuhan..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia
tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami:seluruh
kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA

Sunday, July 8, 2012

TOLONG BACA NIE LELAKI....DAN CUBA HAYATI....

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ


Dulu
Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah


Lelaki kami Asadullah, Saifullah

Tokoh ramai tak terkira


Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya boneka Yahudi

Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga, melindungi

Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat , perogol bersiri

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita

Kini,
Ramai wanita suci dipenjara
Diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapapun berani menggoda

Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas, binasa

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu , dunia dan seisinya

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad , tekun berdakwah

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah

Dulu,
Lelaki memperjuangkan Deen dan Ummah
Al-Farouq , Zunnurain mati terbunuh

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh

Dulu ,
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh

Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah
Kembalilah lelakiku
Pada kelelakianmu
Kami rindukan lelaki dulu
Acuan Madrasah Rasul

:- petikan novel syabab musafir kasih -:


Wednesday, July 4, 2012

Muhasabah...

ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ


Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.

2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.

3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.



Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al- Khaliq(Pencipta-Nya).

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."




wallahua'lam.

Saturday, March 17, 2012

wanita diibaratkan seperti pohon semalu


Bismillahirahmanirahim..

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

♥ Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini bolehdiibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

♥ Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

♥ Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

♥ Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

renung-renunglah...
Fikir-fikirlah...
Zikir-zikirlah...
HIDUP mesti diteruskan...
MATI tetap PASTI!!!
HIDUP insah allah...


♥ (^_^)selawat dan istigfar..CINTA ALLAH,CINTA RASUL ♥

wallahua'lam...

Monday, March 12, 2012

MUTIARA HIKMAH:

Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah..
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah Rasul Allah..
──────────██
─────────█▒▒█
─────────█▒▒█
─────────█▒▒█
──────██▒█▒▒█
────██▒▒██▒▒█
──██▒▒█▒█████
─█▒▒█▒▒█▒▒▒▒▒█
█▒█▒▒█▒▒███▒▒▒█
─█▒█▒▒█▒▒█▒█▒▒█
─█▒█▒▒███▒▒▒▒█
──█▒██▒▒▒▒▒▒█
───█▒▒▒▒▒▒▒ 
Bismillahirahmanirahim..

Setiap kemaksiatan adalah racun di dalam hati yang merosak kesucian jiwa seseorang, kerana ia rindu berbuat dosa yang akan mewariskan kehinaan. Oleh sebab itu, meninggalkan dosa bererti menghidupkan jiwa dan memancarkan cahaya keimanan di celah-celah sanubari insan.

Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

Imam Ali bin Abi Talib berpesan: “Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta”. Kemudian Ibnu Munkadir berkata: “Bagiku nikmat dunia ini hanya ada pada tiga perkara, qiamullail, silaturrahim dan solat berjemaah”. Wahai insan yang beriman, renungkanlah dirimu agar kamu mengetahui hakikat dirimu sendiri, dengan demikian kamu akan mengenali Pencipta Yang Maha Agung. Berilah penawar dalam jiwa agar ia tetap suci dan tunduk pada Ilahi..

Selayaknya,cintamu hanya untuk Sang Penciptamu...

renung-renunglah...
Fikir-fikirlah...
Zikir-zikirlah...
HIDUP mesti diteruskan...
MATI tetap PASTI!!!
HIDUP insah allah...


(^_^)selawat dan istigfar..CINTA ALLAH,CINTA RASUL

Saturday, March 10, 2012

MUTIARA SEJARAH ISLAM:WUDUK ZAHIR BATIN(^_^)


Bismillahirahmanirahim...
Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”

Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin.”
Isam bertanya, “Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?”
Hatim berkata, “Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air”...

Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riak)
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki.”

Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1. Aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.”


Di samping itu setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim..

Selayaknya,cintamu hanya untuk Sang Penciptamu...

renung-renunglah...
Fikir-fikirlah...
Zikir-zikirlah...
HIDUP mesti diteruskan...
MATI tetap PASTI!!!
HIDUP insyaAllah..

♥ (^_^)selawat dan istigfar..CINTA ALLAH,CINTA RASUL ♥

wallahua'lam

Sunday, March 4, 2012

Bt Bakal zauj Ku



Bismillahirahmanirahim..

Disebalik kopiah terselindung wajah

yang penuh dengan Nur.
Hati yang sentiasa mengingati mati.
Yang mencintai Allah dan rasul dan
yang taat kepada kedua ibu bapa mu.

Kau pertahankan kopiahmu meskpun dunia
memandang dengan penuh kehinaan,
tetapi ketahuilah…
sesungguhnya Allah melihatmu penuh
dengan kebanggaan. kalimah Allah..

Adam Ku..
Saban ketika, gerak gerimu
Ku perhatikan.
Akhlakmu yang terperlihara dari segala noda,
Maruahmu yang kau jaga dari sebarang nida
Dan yang paling melembutkan hati….
Tutur bicaramu melambangkan sifat
kebapaan sejati.

Bila bertembung dengan gadis yang
bukan muhrimmu,
Kau tunduk memandang bumi…
Mengingatkan ku tentang firman Allah swt:

Firman Allah SWT :
 “ katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada orang lelaki yang beriman:
 hendaklah mereka menahan( sebahagian ) daripada pandangan mereka
 dan memelihara kemaluan mereka yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat .”
( surah An-Nur ayat 30) 

Lelaki soleh....…..
Kau juga diibaratkan gagak putih yang
dikelilingi gagak hitam.
Siangmu sibuk dengan urusan duniawi
namun tika malam menjelang,
Kau perhambakan diri sepenuhnya kepada
Ilahi, beribadat…
bibirmu berzikir mentilawah Al –
Quran, tahajjud , witir
dan amalan – amalan istiqamahmu.

Jauh disudut hatiku aku bangga
dengan Imanmu, Taqwamu, Akhlakmu,
Amalanmu,
dan perjuanganmu menegakkan kalimah
Allah.
hayatmu …
Kau idaman wanita beriman..
Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

~wallahu a'lam~

Monday, February 13, 2012

Pesanan RASULULLAH buat puterinya,Fatimah

gambar sekadar hiasan

bismillahirahmanirahim...
"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara.. parit itu ialah sejauh langit dan bumi."Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utusbenang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya
di atas takhta di hari akhirat."Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat
pakaian untuk anak-anaknya, maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti
orang yang memberi makan kepada 1,000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1,000 orang yang tidak berpakaian."Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya,
mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan
dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."Ya Fatimah, barang mana wanita
meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya,Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya
kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Sirat."

wallahua'lam..

Saturday, February 11, 2012

Moga aku dikurniakan bakal mujahid seperti ini =)


bismillahirahmanirahim...
Seorang isteri bertanya kepada suaminya, "Apakah saat paling bahagia didalam hidup abang? "
Suaminya memandang muka isteri dan berkata, "Saat itu belum terjadi lagi.."
Si isteri terdiam sejenak.
Kemudian dia bertanya lagi, "Dan bila saat itu akan terjadi?"
Suaminya berkata : "Saat itu adalah hari di mana awak membuka pintu dan berkata kepada saya, "Abang, Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh" di dalam rumah kita di Syurga.."

Firman Allah SWT :

"Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (At-Tahrim: 6)


"Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491)

"Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan isterinya lalu si isteri mengerjakan solat. Bila isterinya enggan untuk bangun, ia percikkan air di wajah isterinya. Semoga Allah merahmati seorang wanita yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan suami lalu si suami mengerjakan solat. Bila suaminya enggan untuk bangun, dia percikkan air di wajah suaminya." (Sanad hadis ini shahih kata Asy-Syaikh Ahmad Syakir dalam tahqiqnya terhadap Al-Musnad)

Moga aku dikurniakan bakal mujahid seperti ini..amin ya Allah ツ♥


♥ HANYA ALLAH YANG MAMPU MENYELAMATKAN KITA DARI SEBARANG KESUSAHAN ♥

wassalam..

Tuesday, January 31, 2012

AKU SEDANG DIPERHATIKAN OLEH ALLAH.....


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
AKU SEDANG DIPERHATIKAN OLEH ALLAH.....

Kita perlu SENTIASA SEDAR bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

SENTIASA INGAT bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

Jangan lupa, leka, lalai bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

Ini adalah antara cara asas untuk mendapat kekuatan iman.
Ini juga antara cara agar lebih khusyuk dalam ibadah.
Ini juga antara cara agar dapat hindari maksiat.

LATIHlah hati supaya selalu berkata , “Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.

“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.
“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.
“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.

Iman paling afdhal ialah apabila kamu mengetahui bahwa Allah selalu menyertaimu di mana pun kamu berada. (HR Ath-Thobari)


Hasbi rabbi jallallah,Ma fi qalbi ghayrullah,
Nur Muhammad Salallah,La ila Ha Ilallah....

Cukuplah Bagiku Engkau Ya Allah,
Tiada yg lain,Dihatiku selain-Mu,
Cahaya kekasih-Mu,Ya Rasulullah,
Tiada yg kusembah,melainkan Mu Ya Allah...

Ya Allah,Kurniakanlah,
Ketenangan dunia dan akhirat,
Limpahkan kami Nur Hidayah-Mu,
Jauhkan kami dr Azabmu..

Cintakan bunga akan layu,
Cintakan Manusia akan Mati,
Cintakan Allah,Kekal abadi,
Itulah Cinta ,Cinta Hakiki..

wallahualam...

Tuesday, January 17, 2012

Wahai asshabab (pemuda),

bismilahirahmanirahim...
Wahai asshabab (pemuda),
Laksanakanlah tanggungjawabmu,
Terhadap wanita yang patut kamu lindungi,
Bukan untuk kamu cercai.

Sedarkah asshabab...
Bahawa wanita itu selembut kapas,
Biarpun kelihatan seperti buluh,
Namun engkau tidak tahu hakikatnya...

Hakikatnya asshabab...
Apabila kau menegur seorang wanita yang melakukan kesilapan,
Dia pasti malu dan tidak akan mengulangi lagi,
Sekiranya dia melawan katamu,
Ketahuilah bahawa hatinya terdetik ,
Rasa bersalah tanpa engkau ketahui..

Namun kini,
Asshabab tidak pernah melaksanakan tanggungjawabnya,
Apabila wanita membuka auratnya,
Pandanganmu terus menyapu tubuhnya,
Apabila wanita itu membuat kesilapan,
Engkau bukan shaja tidak menegurnya,
Malahan engkau ambil kesempatan atas dirinya...

Sedarlah wahai asshabab...
Tangunggjawabmu amat besar terhadap wanita,
Sedarkah engkau,
Bahawa sekeras mana seseorang wanita,
Mereka akan malu dan tunduk,
Apabila seorang lelaki mengajaknya kepada agama...

Duhai shabab..
Sesungguhnya,kekuatan agama Islam,
Terletak ditangan mu,
Engkau pemimpin besar dalam semua hal...

Oleh itu,
Jagalah agamamu agar terbentuk,
Islam yang sebenar.

"Wahai lelaki2 yg beriman..bimbinglah kami..wanita2 yg beriman ke jalan yg diredhai Allah agar kita sama2 mendapat keredhaan-Nya dunia n akhirat. Kita sama2 khalifah Allah..wahai lelaki2 yg beriman..kalian dikurniakan 9 akal n 1 nafsu manakala kami, hanya dikurniakan 1 akal dan 9 nafsu..bimbinglah kami andai kami tersalah langkah bukannya menyesatkan kami dengan perhiasan2 n janji2 dunia yg tidak menjamin keredhaan Allah.."

wallahua'lam

Sunday, January 1, 2012

ya syabab,,this is warning 4 u!!

bismillahirahmanirahim..
warning!!!

jangan sesekali kau cuba mendekatiku jika kau tidak berniat untuk menikahi ku!!..jangan..jangan..jangan!!!

jika kau hanya ingin permainkan perasaanku..nyah kau dri sini!!
jika kau hanya memilihku krn rupa,,jgn berani kau mencuri hatiku!! ...dan...
jika kau takut dan xbersedia utk berjumpa dengan waliku,,jgn kau berani mendekatiku!!
..no!!..never!!!...

.. pemuda soleh!!...
..tidak kasihankah kau pada ukhty2 kau,,mereka ini mempunyai hati yang lembut,,mudah cair pd rayuan kau,,mudah sekali termakan pujukan kau..mudah sekali!!..entah kenapa?!...mereka juga payah sekali mendidik hati, saat hati mereka dilanda ribut taufan dek permainan kata2 cinta dari kau, yg padahalnya hanya nista belaka!!
tidak kasihankah kau!!...melihat mereka golongan yg paling ramai menghuni neraka?!!!..coba kau
bayangkan mereka ini adalah anak2 , kakak2 , adik2, dan ibu kau sendiri,,apakah kau tergamak melihat hati dan maruah mereka dicalari??!!!..apakah kau sanggup melihat mereka dibakar api neraka?!!...sangupkah?!!..jawab?!!..jwapan nya ada pada hati dan akal kau yg insyaAllah selalu disulami cinta padaNya..cuma apa yg aku boleyh katakan adalah,, kau dayus, jika kau langsung xambik peduli dan membiarkan ukhty2mu itu terkontang-kanting dalam menjaga hati dan maruah diri...kau dayus jika tidak mendidik ukhty2mu supaya menjaga aurat dan maruah diri...maafkan aku,,jika aku terkasar bhsa..(nmun inilah yg aku ingin zahirkan)

wahai pemuda soleh..jika kau syg anak2mu, adik2mu, kakak2mu, dan ibumu,,tegurlah mereka,,berilah didikan kpd mereka..dan..jika kau xmahu maruah mereka dipermainkan,,kau sendiri juga,, janganlah permainkan maruah ukhty2 lain diluar sana,,jika suka, teruslah berjumpa walinya,,jgn kau mempermainkan perasaannya,,krn kau sendiri pon xsanggup melihat anak2, adik2, dan kakak2mu dipermainkan perasaannya oleh lelaki lain...


buat ukhty2 ku sekalian,,jagalah maruah, dan izzah dirimu,,krn sedarlah dirimu begitu bharga,,wanita solehah itu ibarat permata di celahan kaca,,mutiara di dasar lautan,,dan mawar yg penuh dgn duri...mahal sekali nilainye...for that,, let us muhasabah ourselves..

wallahua'lam