Thursday, November 24, 2011

kerana aku sombong..Ya ALLAH! Selamatkan Aku Dari Cinta Fitnah!



Bismillahirahmanirahim..

Sombongkah aku kiranya tidak mahu membalas pesanan ringkasmu?
Sombongkah aku jika membiar sepi YM darimu?
Sombongkah aku jika aku hanya membiarkan panggilan darimu berlagu tidak berjawab?

Ya,aku memang sombong.
Namun aku sombong bertempat!
Bukan pada semua.

Tapi hanya padamu,lelaki ajnabi yang tidak halal buatku.
Pantaskah aku membalas SMS mu kiranya luahan rindu yang kau ucapkan?
Perlukah aku membalas YM mu jika omongan cinta yang kau ingin bicarakan?
Haruskah aku berbual denganmu jika tiada perkara penting yang mahu dibincangkan?

Kau bukan suamiku,perlukah kita melakukan semua itu?
Tepuk dada,tanyalah imanmu sendiri wahai teman.

Maaf aku tidak sanggup melakukan semua itu jika murka Allah yang ku dapat
Jika kerana sikapku ini kau memanggilku sombong, nah silakan.
Aku tidak peduli.
Jika kerana ini kau memandangku seorang yang kolot
Aku masih juga tidak peduli
Apalah sangat pandanganmu jika dibandingkan dengan pandangan murka Tuhanku

Kiranya aku mengikut kemahuanmu
Aku lebih takutkan Tuhan yang menjadikan kau dan aku.

Sebelum tiba masanya, biarlah kulabuhkan dulu cintaku pada-Nya
sebelum kulabuhkan cintaku kepada yang berhak keatasku kelak
Hanya untuk suamiku,cinta halal bagiku. InsyaAllah

P/s ::   buat insan y berkata "Anna sombong gler2!!"dont judge a book by its cover,my frens :)

Cinta.. Bagaimana ingin mengelakkan fitnah disebabkan cinta? Doa yang diberikan di bawah dapat membantu kita dari difitnah. InsyaAllah..

Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari seksa neraka Jahanam. Aku berlindung kepadaMu dari seksa kubur. Aku berlindung kepadaMu dari fitnah Dajjal yang pembohong. Aku berlindung kepadaMu dari fitnah hidup dan fitnah mati. Aku berlindung kepadaMu dari banyaknya dosa dan hutang. Aku berlindung kepadaMu dari keburukkan fitnah kaya dan keburukkan fitnah fakir. Aku berlindung kepadaMu dari keburukkan pendengaran, penglihatan, lisan dan hatiku. Aku berlindung kepadaMu dari dikembalikan kepada umur yang terlalu tua. Dan aku berlindung kepadaMu dari mati dalam keadaan ingkar kepada agamaMu.”

wallahualam..

2 comments:

  1. ya Ana Farhana...
    enti sombong! enti sombong bertempat.. :)

    syukurlah pdNya kerna hati kita masih diberi kekuatan utk terus sombong pd yang layak utk disombongi..

    ReplyDelete

syukran..!! Moga ALLAH REDHA...