Wednesday, November 2, 2011

Rupa xpenting =)

Ramai org tanya saya...
SIAPA AWK?, .✔
NAME APA??? .✔
AWK USTAZAH KE? .✔
AWK PENSYARAH KE? .✔
... ... AWK CIKGU KAUSELING KE? .✔
AWK BUDAK SEKOLAH AGAMA KE? .✔
AWK ANTI ORANG LELAKI KE? .✔
KNP XDA INFO PASAL AWK? .✔

Anda tak kenal saya.. Sedara mara saya, ahli keluarga saya, kawan2 saya, diorang lebih mengenali siapa saya dan bagaimana cara saya walaupun ada di antara mereka yg belum pernah bertemu saya secara bersemuka. TAK kenal maka TAK chintaa..(kate org bercinta la). Berkomunikasi lah dgn saya dan anda akan kenal siapa saya.. Ni berkomunikasi pun kadang kala, dah boleh melabelkan saya. I might be not a perfect GURL, but i always trying hard to be a better WOMEN :))





entry sbnrnyer,y kt bawah nie
crite nie Dipetik dari Bayan Maulana Saad...moga bermanfaat


Seorang sahabat datang berjumpa Rasulullah saw dan berkata,
“Wahai Rasulullah s.a.w, saya ini hitam, saya miskin, saya hodoh, saya buruk, masukkanlah saya ke dalam syurga”.

Rasulullah s.a.w menjawab, “ Kenapa tidak? Bahkan kamu adalah penduduk syurga.

Sahabat itu terus bagi nyawanya di jalan Allah s.w.t untuk takazah agama.

Apabila sahabat itu meninggal, Rasulullah s.a.w datang untuk sembahyangkan jenazahnya.

Rasulullah s.a.w senyum apabila tengok jenazahnya. Rasulullah s.a.w kata,

“Rupa/Wajah kamu telah dicantikkan oleh Allah s.w.t, harta kamu telah dibanyakkan oleh Allah s.w.t”.

Hidayat tidak bergantung pada rupa paras. Allah s.w.t tidak tengok pada rupa paras dan harta kamu. Allah s.w.t tengok hati kamu untuk agama.

Nabi s.a.w beritahu sahabat-sahabat, “Rupa buruk, kulit hitam, miskin, Allah s.w.t telah tambahkan hartanya dan Allah s.w.t telah masukkan dia ke dalam syurga dan Allah s.w.t telah jadikan dia cantik”.

Rasulullah s.a.w kata, “ Aku lihat bidadari-bidadari syurga bergaduh, siapakah diantara mereka yang mula-mula sekali masuk ke dalam jubah sahabat tadi”. (Untuk merebut sahabat itu)

No comments:

Post a Comment

syukran..!! Moga ALLAH REDHA...