Tuesday, November 22, 2011

Wanita Adalah Segala Sumber



Bismillahirahmanirahim..

Diantara sebab Islam memberi perhatian berat kpd kaum wanita ialah kerana mereka merupakan sumber segala-galanya,baik dan buruk,sumber kebahagiaan,sumber hiburan dan juga punca fitnah,kebinasaan serta kerosakan umat dan negara.sebagai bukti,marilah kita renung akan keterangan dibawah:

a) wanita sebagai sumber pembentuk generasi negara....
Hukamah ada berkata: "wanita adalah tiang negara.Jika mereka rosak maka rosaklah negara dan jika mereka baik maka baiklah negara."
Ini menunjukan bahawa wanita selaku ibu berperanan mendidik anak generasinya akan datang.Jika baik cara pendidikannya,maka akan lahirlah generasi yg baik.Jika sebaliknya,maka berlakulah sebaliknya.

b)wanita sebagai sumber kebahagiaan dan hiburan.
sabda Rasullullah s.a.w,maksudnya:"sebaik2 kesenangan dunia ialah wanita solehah..." (Muslim)
Rasullullah s.a.w bersabda lagi,maksudnya:"Mahukah aku ceritakan kepada kamu tentang sebaik2 barang yg berharga disimpan?Iaitu wanita yg baik (solehah),apabila dilihat suaminya menyenangkan hati,apabila diperintah ditaati,ketika suaminya tidak ada dirumah ,dia memelihara maruahnya dan harta suaminya".(Abu Daud).

c)wanita sebagai sumber fitnah.
sabda Nabi s.a.w,maksudnya:"takutlah kamu akan fitnah dunia dan wanita.Sesungguhnya permulaan fitnah yg terkena dan menghancurkan Bani Israil ialah berpunca dari kaum wanita." (Riwayat Muslim).
sabda Rasullullah s.a.w lagi,maksudnya:"Tidak berlaku fitnah yg amat merbahaya terhadap kaum lelaki setelah sepeninggalanku ialah fitnah yg berpunca daripada kaum wanita." (Bukhari dan Muslim).

d)wanita sebagai perangkap syaitan.
daripada Abdullah bin Mas'ud,katanya bahawa Nabi s.a.w bersabda,maksudnya: "Sekali pandang kepada yg haram (aurat wanita) ibarat anak panah beracun dari panahan anak panah iblis.Barangsiapa meninggalkannya kerana menghormati(mematuhi) larangan ku,nescaya akan aku gantikan dengan iman yg dapat dirasai kemanisanya oleh hati." (Riwayat At-Tabrani dan Al Hakim).
dari Abi Umamah RA katanya bahawa Nabi s.a.w bersabda,maksudnya: "dua malaikat setiap hari menyeru,amat besarlah bencana bagi kaum lelaki yg berpunca daripada kaum wanita dan demikian dengan kaum wanita amat besarlah bencana yg berpunca daripada kaum lelaki." (Riwayat oleh Ibnu Majah dan Al Hakim).

Berdasarkan hadis2 diatas juga dapat kita faham bahawa wanita juga adalah sumber yg menentukan segala-galanya,mencorakkan rumahtangga,masyarakat dan negara.Selain itu wanita juga sebagai sumber fitnah dan alat syaitan memerangkap orang mukmin.

wallahulam..

No comments:

Post a Comment

syukran..!! Moga ALLAH REDHA...