Thursday, November 3, 2011

~Ke̲r̲a̲n̲a̲ Ak̲u̲ Wa̲n̲i̲T̲a̲~

kerana aku wanita
.. pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku
kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam
peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku
peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu
kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku
saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaankusupaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka
maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya


WAHAI ADAM,
kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu buruk pada pandangan kami.
andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami
jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.




Ya ALLAH, sempena MEREKA YANG DEDAH AURAT DI FACEBOOK ini, aku menadah tangan kepada MU,ampunkanlah dosa-dosaKU, sesungguhnya mereka tidak mampu menghadapi api neraka MU sekiranya Engkau menetapkan umurnya panjang.. Berkatilah usianya agar dia sentiasa berada dalam rahmat MU, sekira...nya rezeki yang diberikan kepadanya melebihi kep...erluannya.. Engkau campakkanlah rasa kesyukuran di hatinya, agar dia tidak lupa kepada makhluk MU yang lain, Ya ALLAH, shbtku ini amat lemah dalam menempuh mehnah duniawi, lapangkanlah dadanya dan bantulah dia dalam mentaati MU, Janganlah Engkau biarkan dia walaupun sekadar sekelip mata atau kurang daripada itu.. ya ALLAH, tetapkanlah hatinya pada agamamu dan sentiasa mentaati perintahmu.. didiklah hatinya dengan al-quran dan sunnah rasul MU.. Ya ALLAH, jadikanlah dia di kalangan tentera-tentera MU, yang sentiasa berjuang menjulang agama MU..agar dia berada di kalangan mereka yang BERJAYA.. ya ALLAH..terimalah doaku ini...... AMIN


::AkuMaLuDedahKecantikan::

No comments:

Post a Comment

syukran..!! Moga ALLAH REDHA...