Sunday, November 27, 2011

Ingat ALLAH

Bismillahirahmanirahim..

Aku selalu fikir,aku tidak punya sesiapa,
Aku selalu fikir,aku tidak layak disayangi,
Aku selalu fikir,aku tidak bertuah seperti insan lain.
Aku selalu fikir,aku langsung tidak berguna...

Ternyata aku silap..! Aku ada Allah..! Aku hidup kerana Allah..!
Tidak pernah Dia mengabaikan aku walau sekejap cuma.Alangkah ruginya aku tidak menyedari hakikat itu.Allahuakbar..! Hidup ini sangat melekakan,hingga kita tidak sedar siapa Pencipta kita,hingga kita lalai dan susah untuk menyebut nama-Nya even sepatah.Hakikatnya.Allah lah yang memberi kita kebahagiaan, ketenangan selama kita hidup di dunia ini.Alhamdulillah.Mari kita muhasabah diri kita semula..

Aku Cinta Allah S.W.T,Rasulullah S.A.W...
Serta mamaAbah & Semua Sahabat Kerana Allah..

Muhasabah diri jap..

Firman Allah SWT: (bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

(Al-dhuha,3)

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia)(99)

"Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).(100) 


(Al Mu'minuun 99-100)

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu).

(Al -Ahqaf [46] : 15)

p/s:: Banyaknya kelemahan kita yang dilihat di mata manusia di sekeliling kita,tak bermakna pada pandangan Allah juga begitu.Yang penting kita sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan tersebut.Ingat,Allah sentiasa bersama kita,even manusia yang paling dekat dengan kita pun membenci kita..

wallahulam..

No comments:

Post a Comment

syukran..!! Moga ALLAH REDHA...