Monday, October 31, 2011

TERUNTUK UHKTI MUSLIMAH

Buat anda-anda, para wanita di luar sana,
Juga nasihat buat diri saya,
Mari kita sama-sama cantik hanya untuk yang halal nanti.


...


Profile picture kan boleh letak banyak lagi gambar lain yang menarik selain daripada gambar tunggal anda yang mungkin saja menarik perhatian berjuta manusia lain di luar sana?

Saya tak sarkastik ok.
Bukan juga sinikal.
Sekadar ingin berkongsi suara hati. =)


Gambar-gambar kita yang cantik dan menarik itu,
Simpan.
Biar nanti yang bernama suami yang akan menatapnya.
Biar nanti yang bernama suami itu merasa tenang menatap damainya wajah isterinya.
Biar nanti yang bernama suami itu bahagia bermimpikan wajah berseri anda saban malam dan ketika.

"Oh, abang termimpi-mimpikan sayang!"
Sang suami mengusik.

"Ala abang ni. Malu la."
Si isteri tersipu-sipu.
Tapi dalam hati, siapa yang tahu?
Harus ada yang ingin melompat seketika!
Oh, pipiku merah....
Pipiku merah....

Ok. Dialog yang sangat tak boleh handle.
Saja je.
Iklan sebentar.
Jangan marah ok? =)

Haaa....
Tu tengah tersengih depan laptop sorang-sorang la tu?
Ish,
Gatal! >,<


Buat para lelaki pula bagaimana?
Yang juga meletakkan gambar mereka di ruangan laman maya ini?
Oh.
Yang itu saya cuma boleh cakap:
No Comment.

Semua pun terpulang pada pemikiran masing-masing.
Mungkin akan ada yang bersuara,
"Kami tak mengapa. Lelaki, exceptional. Aurat pun tak seberat wanita."

Namun bagi saya, tak salah kalau anda para lelaki juga menjadi yang terbaik.
Apalah salahnya kalau gambar-gambar anda yang kacak itu anda simpan untuk tatapan isteri dan anak-anak anda nanti? =)


Kerana,
Ketika anda seorang suami atau isteri nanti,
Atau mungkin sememangnya sekarang ini anda adalah seorang suami atau isteri,
Pasti anda menginginkan pasangan anda cantik dan kacak hanya untuk anda. Ya. Khas untuk anda sahaja.

Tak percaya?
Terpulang. =)


Lagi apa ye?


Oh ye.
Tipulah kalau saya kata saya tak pernah teringin letak gambar saya di laman ini.
Ye la kan.
Biar yang tak pernah jumpa, jadi kenal dan tahu bagaimana rupa kita.
"Oh, macam tu rupanya rupa dia."

Biar kawan-kawan lama yang dah tak ingat rupa kita tu pula dapat ingat semula.
"La. Dia ni ke?"

Tapi....
Tapi....
Masih ada tapinya.

Saya belajar untuk tahan.
Belajar untuk merajai nafsu dan keinginan,
Bukan membiarkan nafsu dan keinginan yang merajai saya.
Doakan saya istiqamah ye. =)

Dan famili pun awal-awal dah warn jangan cuba-cuba letak gambar kat fb sini.
Terima kasih nenek atas pesananmu itu!
Bukti keluarga itu penyayang, mahukan yang terbaik untuk zuriatnya. ^^,


Ala.
Kalau yang tak pernah jumpa tu,
Waktu kahwin nanti jemputlah mereka.

Bukan adat ke sekarang ni orang jemput ke majlis perkahwinan melalui fb?
Tapi kalau nak jemput ustaz sekolah kita,
Ke ustazah ke,
Cikgu-cikgu yang mengajar waktu sekolah dulu,
Jemputlah guna kad ye.
Lebih beradab.
Molek pun molek.
Mana lah tahu percuma je dapat doa daripada mereka kan?
Tengok nama penuh kita kat atas kad tu,
Terus dalam hati cikgu-cikgu kita,
"Alhamdulillah, nak kahwin dah anak murid aku sorang ni. Besar dah. Dulu tu hingus meleleh je selalu. Barakallahu lahu wazaujatuhu." =)

Ok. Keluar tajuk sekejap.
Berbalik pada topik asal,
Ke waktu raya ke.
Atau majlis apa saja yang selayaknya yang boleh memuliakan mereka sebagai tetamu.

Kawan-kawan lama yang dah lupa rupa kita tu pula,
Sama juga.
Jemputlah mereka untuk apa-apa saja majlis yang anda anjurkan.
Seperti reunion mungkin?
Ye la.
Tu yang paling common kan? =)


Dah-dah.
Rasanya dah cukup panjang dah ni saya membebel.
Maaf lah curi masa anda seketika.
Semoga ada sesuatu yang baik yang dapat diambil daripada bebelan saya ni.
Pahala pun, semua nak kan? =)


Akhir kata,
Cantik dan kacak itu anugerah.
Dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah.
Dan juga lelaki soleh.


p/s: Ok. Ayat terakhir tu saya sendiri yang tambah. Tak pernah ada dalam mana-mana hikam. Tapi tak salah kan bagi galakan untuk anda-anda lelaki di luar sana? =)


NOTA KAKI:

Jangan, jangan.
Jangan sewenang-wenangnya dipamer gambar-gambar kita yang cantik dan menarik itu untuk tontonan umum.
Takut-takut esok-esok ada yang dengki dengan kita,
Percuma je gambar-gambar kita dimuat turun.

Dan hati pun berbisik jahat:

"Oh, kau tolak aku ye. Siap kau. Nanti lah. Tak dapat cara baik, cara halus aku guna...!!!"
"Hahaha. Ini bomoh Siam mari. Esok-esok kau melutut jugak depan aku....!!!"
"Ish! Kau main kasar ye? Ingat senang-senang nak rampas pakwe aku? Takpa, takpa. Esok jugak aku cari flight ke Indon...!!!"

....dan sebagainya.

Na'uzhubillahi min zhalik.

Ia.
Saya tahu semua pun berlaku dengan izin Allah.

"...Maka mereka mempelajari dari keduanya apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah...." (Al-Baqarah, 2:102)

Tapi,
Tak salah kan kalau kita berwaspada?
Mencegah itu kan lebih baik daripada merawat? =)

Jangan sampai di akhir kisah nanti,
Gambar kita sendiri membuahkan ujian yang berpanjangan.
Dek beratnya bebanan,
Takut tak terpikul kita nanti.
Senget pulak bahu tu karang.
Ye lah.
Kalau Allah nak uji,
Bila pun kita tak tahu.
Kan? =)


Tapi.....
Ish!
Kalau dah clash,
Kalau dah break up,
Mestilah di remove daripada friend list?
Tak dapat lah mereka usha gambar kita lagi.

Kepada sesiapa yang terketuk,
Saya bukanlah sengaja ingin mengetuk kalian,
Melainkan,
Mari kita saling ketuk-mengetuk,
Untuk kebaikan bersama.

Dunia nak,
Akhirat pun nak,
Mudah-mudahan dengan izin-Nya,
Dua-dua pun sama-sama kita peroleh. =)

Dan,
Buat awak, awak, awak, dan awak yang seangkatan dengan saya,
Ye, awak lah,
Iaitu yang masih terang lagi bersuluh bujangnya,
Jom kita sama-sama cantik untuk keluarga?!

Sayang mak ayah kan? =)

~Siru 'ala barakatillah!~


HIKAYAT SILAM:

~Saya Yang Dulunya Alpa~

Psssstttt....
Nak tahu tak?
Dulu-dulu tu, saya pun pernah khilaf seketika.
Seawal penglibatan saya dalam dunia facebook ini,
Dalam dua tahun lepas seingat saya,
Sewaktu awal-awal dahulu saya bergelar seorang facebooker,
Saya lalai dan alpa,
Kerana saya masih seorang manusia biasa yang siang dan malamnya berdosa kepada Khaliqnya.

Ye la.
Teruja la kan baru-baru kenal mukabuku,
Diri pun jadi teruji,
Semua gambar pun rasa nak upload.

Asal yang comel sikit,
"Masuk fb...masuk fb..."

Asal kawan snap gambar smart je,
"Oit. fb....fb!!! tag..., tag...." (-_-")

Namun...
Alhamdulillah, dengan sifat Rahman dan Rahimnya Allah,
Dia yang Maha Mencipta,
Dia yang memiliki nyawa saya ini menegur saya secara tidak langsung. =')

Perantaranya?
Sahabiah saya sendiri!
Nasihat dan juga kata-katanya yang mudah-mudahan dengan izin-Nya akan saya ingat sampai bila-bila.

Nasihat beliau,
Lebih kurang begini lah mafhumnya,
Buat sahabiah-sahabiah wanita di luar sana,
Percayalah,
Gambar-gambar kita di laman maya ini mendatangkan lebih banyak mafsadat berbanding maslahat.
Lebih banyak mendatangkan kerosakan berbanding kebaikan.
Status yang beliau shout dekat fb beliau je pun.
Tapi,
Itulah dia...
Itulah dia yang membuatkan saya terketuk seketika!

Ya.
Itu lah nasihat beliau.

Terima kasih sahabat!

Dan saya pun mula berubah.
Perlahan-lahan...
Sekeping...
Dua keping...
Sikit-sikit saya singkirkan.
Kalau ada gambar yang orang lain tag pula,
Saya remove tag tu.
Bukan senang.
Nafsu memberati hati.
"Ah, sayangnya gambar-gambar tu!"
Dan rasa bersalah pula menguasai diri.
"Kecik hati pulak karang kawan aku ni kalau aku remove tag aku dalam gambar dia ni." =(

Mujahadah sememangnya pahit.
Namun hasilnya,
Alhamdulillah 'ala kulli haal,
Saya berjaya membuang perasaan ingin dikenali oleh ajnabi-ajnabi di luar sana,
Melalui sekeping gambar.

Dan akhirnya,
Berkeping-keping gambar telah saya remove,
Sehinggalah yang ada sekarang ini apa yang dapat anda lihat.
Hanya itulah.

Semua pun dengan izin Allah.
Semoga hidayah-Nya ini tak kan pernah padam daripada terus menyinari hati,
Hati yang pastinya akan gersang tanpa cinta dan kasih-Nya.

Oh, Allah.
Bantu aku hamba-Mu!

Sesungguhnya dengan belas kasih dan rahmat-Mu inilah mampunya aku bernafas di dunia ini.
Engkau yang Memerhati,
Jangan pernah Engkau lupakan aku akan adanya Engkau saat aku bersosial di alam maya ini,
Di mana pun aku berada.


Di mana pun aku di bumi-Mu ini,
Semoga Ihsan itu tetap terpasak jauh di dalam hatiku! =')

Wanita Solehah, tidak Memandang & tidak Dipandang

>muhasabah bersama<

2 comments:

syukran..!! Moga ALLAH REDHA...