Saturday, October 1, 2011

Lindungi agar terlindung

Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah, (suci bersih) kedua-dua ibu bapalah yang mencorakkan kehidupan mereka, sama ada menjadikan mereka Yahudi, Nasrani atau Majusi.

Demi melindungi aurat serta maruah anak-anak, Islam telah menyusun beberapa adab dalaman dalam sesebuah rumah, sama ada yang telah ditetapkan dalam al-Quran atau melalui sunah Rasulullah s. a. w sendiri.

Kesucian sumber ini secara semula jadinya mampu membina dan membentuk akhlak anak-anak dan menghindarkan sebuah keluarga itu daripada sebarang unsur yang membawa kepada kemaksiatan kepada Allah s. w. t. Antara adab-adab tersebut iaitu adab meminta izin masuk ke bilik tidur ibu bapa.

Adab ini sebenarnya telah diatur sendiri oleh Allah s. w. t. dalam al-Quran melalui firman-Nya yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh antara kamu meminta izin kepada kamu (sebelum masuk kepada kamu) dalam tiga masa: iaitu sebelum sembahyang subuh, ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah sembahyang isyak.

Itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya) dan mereka tidaklah bersalah kemudian dari masa yang tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain.

Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang yang tersebut dahulu meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (An-Nur: 58-59)

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارً۬ا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ عَلَيۡہَا مَلَـٰٓٮِٕكَةٌ غِلَاظٌ۬ شِدَادٌ۬ لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
(Surah At-Tahrim 66: Ayat 6)

copy from :: sy syg islam::
p/s :: tutuplaa auratmu sebelum auratmu ditutupi dengan kain kafan... 

No comments:

Post a Comment

syukran..!! Moga ALLAH REDHA...