Wednesday, September 7, 2011

Berkat Airmata Kerana Takut Pada Allah SWT




Tersebut dalam Kitab 'Bidayatul Hidayah'

"Manakala hari kiamat didatangkan api yg bergemuruh, hingga menggetarkan hati setiap umat. Ketika mereka mendekatinya,gemuruh semakin keras.Hingga terdengar dari jarak perjalanan 500 tahun. Setiap orang sehingga para nabi berkata "Nafsi-Nafsi"(sendiri-sendiri) Kecuali Nabi Muhammad SAW. Baginda berkata "Umatku-umatku" Kemudian keluarlah api bagaikan gunung.


Umat Muhammad SAW berusaha menolaknya sambil berkata "Demi org2 yg bersolat,Demi org2 shiddiq,Demi org2 yg khusyuk,Demi org2 yg berpuasa. Kembalilah engkau wahai api" Tetapi api itu tidak juga kembali.



Jibril AS berkata "sesungguhnya api hendak membakar umat Muhammad SAW". Lalu ia datang kepada Nabi muhammad SAW dgn membawa segelas air sambil berkata, "Ambillah air ini, percikkan ia ke api itu" Kemudian Nabi Muhammad SAW memercikkan ke api itu. Dan seketika itu api menjadi padam. Lalu Nabi bertanya "Air apakah ini?" Jibril As berkata "Itulah airmata umatmu yg menangis kerana takut pada Allah dan sekarang aku diperintahkan utk memberikan air itu kepadamu supaya engkau memercikkan ke api sehingga padam dgn izin Allah SWT"


Rasulullah SAW seringkali berdoa:


"Ya Allah, berikanlah aku rezeki dua mata yg menangis kerana takut kpd Engkau, sebelum air mata ini habis

1 comment:

  1. Setiap orang perlu tanya pada diri sendiri, "Bilakah kali terakhir aku pernah menangis keranaNya?"
    :)

    ReplyDelete

syukran..!! Moga ALLAH REDHA...