Thursday, August 4, 2011

Mari berZIKIR di sepanjang Ramadhan....


ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Dalam kitab Tazkiatun Nafs oleh Said Hawa yg didasarkan 
dari kitab ulamak agung Imam AlGhazali iaitu Ihya Ulumiddin
 dan juga kitab AlAdzkar oleh Imam Nawawi....

.terkandung didalamnya mutiara zikrullah...
kita disarankan sangat sangat untuk tujuan zikrullah
 iaitu berzikir kepada Allah dengan mengamalkan setiap
 pagi dan petang...

sesudah solat subuh dan sesudah solat asar atau
 ketika maghrib untuk membaca zikrullah yg 
termasyhur didalam hadis Nabi saw, tambahan
 pula di bulan Ramadhan alMubarak ini....iaitu:
kalimah Subhanallah hil adziim subhanallah wabihamdihi 100x,
Laa ilaa haillallah (tiada tuhan selain Allah) 100x dan juga
Subhanallah, walhamdulillah, walaa ilaa haillallah, wallahuakbar....walaa haula walaa quwwata illa billahil aliyyil adziim.....   







Siti Fatimah r.a....ketika mengadu kpd ayahnya tentang beratnya
 kerja rumah lalu memerlukan pembantu..lalu dijawab oleh Baginda saw...
dengan penuh lembut dan tarbiah sekali...
."bagaimana jika aku gantikan dengan sesuatu yg
 berkali ganda lebih baik dari seorang pembantu rumah"...
itulah dia dia Rasulullah saw memberi amalan zikrullah 
seperti yg diatas iaitu Subhanallah, walhamdulillah
 walaa ila haillallah wallahu akbar sehingga habis..
.untuk diamalkan oleh Siti Fatimah anaknya yg paling
 disayangi oleh Baginda saw....

Hikmahnya, tentu ada sesuatu yg amat besar disebalik zikir 
tersebut hingga Baginda saw mengatakan ia lebih baik berkali
 ganda dari seorang pembantu rumah, apatah lagi ia disarankan 
kpd anaknya sendiri Siti Fatimah r.a.......mungkin kesan zikir
 tersebut akan membolehkan seorang pengamalnya menjadi 
lebih berkeupayaan untuk melakukan kerja kerja yg berat dan
 sebagainya...apapun, saranan saya agar kita berzikir kerana
 Allah dan amalkan ia kerana Allah...insyaallah akan ada 
kebaikan jika selalu dan konsisten dalam mengamalkannya......
. bukanlah berzikir itu untuk menjadi kuat atau sebagainya....
itu yg memesongkan, hendaklah zikrullah dengan niat yg 
tulus ikhlas kerana Allah.....imbalan dari zikir yg dilakukan
 sentiasa itu, kita serahkan urusannya kepada Alah swt..
.Dia maha mengetahui dan Maha Kuat....ameen, insyaallah!




No comments:

Post a Comment

syukran..!! Moga ALLAH REDHA...