Tuesday, March 29, 2011

W.A.N.I.T.A


1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak   
sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya,   

sementara kegagahan seorang lelaki ialah   
terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga)   
marahnya.   
2. Orang yang membujang adalah orang yang belum   


menemukan penghibur duka dan dia baru   
memperolehinya dengan berkahwin.   

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan   
hidup dengan menghilangkan sebahagian   
kemerdekaannya.   

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan;   
sebahagian diatasi dengan berkahwin dan   
sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk   
ke liang kubur.   

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus   
diwaspadai adalah mata kaum wanita.   

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda   
kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia   
menerima anda sebagai suami.   

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan   
kesempatan menyusahkan seorang lelaki.   

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini   
hanyalah seorang sisuami, dan apabila ia sudah   
memperolehinya, ia menginginkan segala- galanya.   

9
. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan   
suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.   

10 
. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa   
dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan   
perilakunya.   


  
11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban   
dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.   

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana   
hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.   

13.
Wanita adalah bintang dan pelita bagi   

lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam   
kegelapan.


   

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam   
menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang   
menyebabkan dia menangis.   

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis   
apabila ia menginginkan sesuatu..   

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia   
tidak mampu menjadikan suaminya teman yang   
termulia.   

17.
Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan   
membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.   

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan    lembut sampai saat dia berkahwin.   


19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia   
tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.   

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta,   
sementara lelaki mencintai untuk hidup   
berbahagia.   

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam   
hatinya.   

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan   
gula pada kalimatnya setiap kali berbicara   
dengan suaminya, dan mengurangi garam pada   
ucapan suaminya.   

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di   
dunia, sebab mengharuskan pemberinya   
mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.   

24.
Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat   

cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat   
lemah bila berhadapan dengan kecantikan.   



25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah   
jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.   

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua   
lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang   
suami.   

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak   
berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat   
perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin   
lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami   
dan isteri banyak berbicara dan para jiran   
tetangga mendengarkan.   

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun   
wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga   
mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah   
kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.   

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal :   
tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik   
yang menjadi saingannya.   

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada   
suami meringankan setengah beban kehidupan   
suaminya.   

31
. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila   

ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan   
yang mencintainya  

No comments:

Post a Comment

syukran..!! Moga ALLAH REDHA...